Friday, December 18, 2009

Tugasan 1: Ulasan Buku

Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

TAJUK:

PENGINTEGRASIAN KIT PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Teori-teori/ kaedah yang boleh diadaptasi dalam kajian.

  • Kaedah pembelajaran akses kendiri ~ Satu pendekatan pembelajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran . Disini guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar yang berusaha untuk belajar secara sendiri mahupun secara berkumpulan. Pelajar diberikan peluang untuk mendapatkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
  • Teori Keadaan Pembelajaran oleh R. Gagne (1985) menyatakan terdapat pelbagai jenis pembezaan atau tahap pembelajaran di mana pada setiap tahap mempunyai arahan yang berbeza. Gagne mengenalpasti 5 kategori pembelajaran iaitu maklumat verbal, kemahiran intelektual, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Gagne (1985) juga menggariskan 9 peristiwa pengajaran iaitu:

    * Mendapatkan perhatian
    * Mengenalpati objektif
    * Imbas kembali pengajaran lepas
    * Mencetuskan rangsangan
    * Mengawal pembelajaran
    * Mencungkil prestasi
    * Memberi maklum balas
    * Menilai prestasi
    * Mengekalkan/Memindahkan

KERANGKA TEORITIKAL

Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

Perkara yang harus diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi. Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:-
  • Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.
  • Panduan mencari kajian-kajian lepas.
  • Memilih aspek yang difokus.
  • Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
  • Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

Aktiviti 12: Pemurnian (Mini KT)

Tajuk:
PENGINTEGRASIAN KIT PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PELAJAR BEKEPERLUAN KHAS.

Berdasarkan maklum balas, penambahbaikan yang dapat dikenalpasti adalah seperti:


Pernyataan masalah

  1. Kaedah tradisional yang diguna pakai oleh guru-guru menyebabkan pelajar-pelajar bekeperluan khas sukar untuk memahami sesuatu isi pengajaran.
  2. Guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah kuliah tanpa menggunakan BBM yang bersesuaian membuatkan pelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas.


Tujuan Kajian

  • Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar bekeperluan khas lebih berkesan dan efektif.


Objektif kajian

  1. Penerokaan penggunaan kit pengajaran dalam P&P bahasa melayu oleh guruuntuk menjadikan kelas lebih aktif dan bermaklumat.
  2. Menarik minat pelajar untuk belajar bahasa melayu.
  3. Menjana pemahaman dan pemikiran kreatif pelajar dalam bahasa melayu.

Bentuk soalan

  1. Adakah penggunaan kit pengajaran dapat membuatkan sesi P&P lebih hidupdan menyeronokkan?
  2. Adakah pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P bahasa melayu dapat membantu pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah?
  3. Bagaimana kit pengajaran dapat memupuk pelajar bekeperluan khas berfikir?

Aktiviti 11: Tugasan 2 (Jurnal)

Pernyataan Masalah Kajian Berdasarkan 3 Jurnal
Jurnal
View more documents from ctdayana.

Aktiviti 10: Tugasan 1 (Buku)

Pengenalpastian masalah kajian berdasarkan buku kajian tindakan
Aktiviti 10
View more presentations from ctdayana.

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 (Mini KT)

Aktiviti 8: Tugasan 4 (Cadangan Mengatasi Kelemahan Subjek)

Individu:
  • Penggunaan kit pengajaran daripada pelbagai sumber dapat digabungkan contohnya seperti kad imbasan, video, slide dan lain-lain dapat membantu untuk mengatasi kelemahan dalam subjek.
  • Bagi subjek sains, penggunaan bahan maujud sangat perlu di mana ia dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap teori yang diberikan.
Perbincangan ahli kumpulan:
  1. Penggunaan kit pengajaran dilihat sebagai satu alternatif dalam menyelesaikan masalah semasa proses P&P berlangsung. Penggunaan kit pengajaran ini mampu mempertingkatkan minat dan kefahaman pelajar.
  2. Memperbanyak dan memperbagaikan penggunaan BBM dalam pengajaran.
  3. Guru perlu mempertingkatkan kreativiti melalui pelbagai sumber (bacaan, internet, dan sebagainya). Usaha untuk menarik minat pelajar juga perlu dipelajari melalui pemahaman dan penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai.
Pendapat kumpulan lain:
  1. Guru perlu menjana idea idea-idea baru.
  2. Teknik pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan. Guru juga perlu memperbaiki teknik berkomunikasi (intonasi, sebutan dan sebagainya). Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048

Aktiviti 7: Tugasan 4 (Kelemahan Pengajaran Subjek)

Individu:
  1. Teori pengajaran sukar difahami terutama beberapa istilah yang digunakan dalam subjek sains.
  2. Kurangnya daya imaginasi pelajar.
  3. Guru kurang kreatif.
Perbincangan ahli kumpulan:
  1. Matlamat pengajaran sukar dicapai.
  2. Hubungan sehala membuatkan pelajar pasif dan kurangnya komunikasi antara pelajar dan guru.
  3. Membentuk pelajar yang kurang berkeyakinan dalam memberikan pandangan dan idea.
Pendapat kumpulan lain:
  1. Penggunaan kaedah tradisional tidak sesuai digunapakai untuk pelajar lemah. Hal ini kerana pelajar lemah kurang membaca.
  2. Menyekat guru menjadi lebih kreatif kerana terikat dengan kehendak sekolah.

Aktiviti 6: Tugasan 4 (Kekuatan Subjek)

Individu:
  1. Pengajaran subjek memerlukan banyak demonstrasi, simulasi dan eksperimen yang dapat menyeronokkan dan menarik perhatian pelajar.
  2. Pengajaran lebih kepada realistik dan aplikasi dalam kehidupan seharian.
Pandangan ahli kumpulan:
  1. Pengajaran lebih berpusatkan guru yakni komunikasi sehala. Guru lebih bersifat dominan dalam pengajaran.
  2. Pengurusan kelas dan penerimaan maklumat lebih terkawal serta sahih.
  3. Silibus pelajaran dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan oleh sekolah (matlamatsekolah tercapai).
Pendapat kumpulan lain:
  1. Pelajar dilihat lebih banyak membaca memandangkan kaedah sedia ada yang digunakan gurumenuntut pelajar lebih bersedia sebelum P&P berjalan.
  2. Pelajar lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran. Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048

Aktiviti 5: Tugasan 4 (Sebab Pemilihan Tajuk)


Tajuk kajian tindakan:
  • "Pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P pelajar bekeperluan khas."
Sebab-sebab Tajuk Dipilih :
  1. Kaedah tradisional yang diguna pakai oleh kebanyakan guru yakni kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk fakta dan teori akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas.Bagi matapelajaran sains, selalunya pelajar sukar untuk memahami teori-teori dan konsep dalam sains.
  2. Ini membuatkan pelajar susah untuk memahami teori dan konsep yang cuba didedahkan oleh guru. Melalui penggunaan kit pengajaran, pelajar dapat memahami konsep dan teori diajar guru.
  3. Matapelajaran Bahasa Melayu pula lebih memerlukan hafalan, kefahaman dan penerangan yang panjang dan rumit. Justeru pelajar perlu lebih peka akan apa yang diajar. Oleh itu, penggunaan kit pengajaran dapat membantu mereka menguasai bahasa dengan baik.
  4. Konsep-konsep yang diajar dalam ICT sukar difahami terutamanya istilah-istilah perkomputeran (shut down, icon, destop, dan sebagainya). Penggunaan kit pengajaran dapat menarik minat mereka untuk belajar. Antara sebab-sebab lain yang dipertimbangkan adalah:
    ~Penggunaan kit pengajaran lebih efektif dalam P&P, namun kurang diaplikasikan oleh guru.
    ~Menggalakkan pelajar berkeperluan khas terlibat aktif dalam P&P.
    ~Meningkatkan kreativiti seorang guru.
    ~Menarik minat pelajar
    ~Mendidik pelajar pelajar berfikiran kreatif dan inovatif
    ~Memudahkan pelajar memahami isi pelajaran seterusnya objektif pengajaran tercapai.
    ~Memberi gambaran yang lebih jelas dalam sesuatu teori atau fakta.

Sunday, November 8, 2009

Aktiviti 4: Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

Aktiviti 3: Tugasan 3 (Kolokium)

Aktiviti 2: Tugasan 2 (Jurnal)

Aktiviti 1: Tugasan 4 (Definisi KT)

Maksud Kajian Tindakan

Umumnya, kajian tindakan bermaksud pembaharuan dan penilaian yang teliti. Ini juga bermakna proses individu bertindak balas dalam meningkatkan atau menambahbaik sesuatu yang mereka sedar perlu kepada pembaikan.

Kajian tindakan juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk memperbaiki serta meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menjadikan guru-guru lebih sedar, kritis serta bersedia melaksanakan perubahan dalam bentuk amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Dalam kajian tindakan, kajian yang dijalankan adalah dalam persekitaran sekolah itu sendiri yang melibatkan anggota dan warga sekolah sendiri dalam usaha memperbaiki kualiti masing-masing.

Kajian tindakan adalah sebarang siasatan bersistematik yang dijalankan oleh seorang guru, pengetua, guru kaunseling atau mana-mana badan yang terlibat dalam persekitaran pengajaran & pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tentang pengeporasian sekolah, perjalanan sesi pengajaran dan sejauhmana pelajar-pelajar belajar. Melalui maklumat yang diperolehi dengan sasaran pembangunan dalaman, pembinaan latihan, perubahan kesan positif dalam persekitaran sekolah serta memperbaiki kualiti penghasilan pelajar .

Kajian tindakan dijalankan untuk guru itu sendiri. Terdapat 4 langkah dalam menjalankan kajian ini iaitu:
i) mengenalpasti
ii) mengumpul data
iii) Menganalisis dan menginpretasi data
iv) membangunkan pelan-pelan tindakan


PERBANDINGAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN TRADISIONAL


KAJIAN TINDAKAN

  1. Dijalankan oleh guru-guru, pengetua, guru kaunseling
  2. Di sekolah dan kelas
  3. Guna kaedah kualitatif
  4. Untuk diambil tindakan supaya kesan positif dalam persekitaran persekolahan diperoleh.

KAJIAN TRADISIONAL

  1. Dijalankan oleh profesor, pelajar universiti.
  2. Dalam persekitaran di mana pembolehubah boleh dikawal.
  3. Guna kaedah kuantitatif
  4. Untuk dilaporkan dan digeneralisasikan kepada khalayak/ populasi yang besar.

Tugasan 2: Ulasan Jurnal

Butiran Jurnal

TAJUK JURNAL 1

Using a Participatory Action Research Approach to Create a Universally Designed Inclusive High School Science Course:

A Case Study

Oleh:

Stacy K.,Adelle R.,Amy R.,Eul J.C.,Ronald A.,Vicki N.,& Christie L.

Sumber:

EBSCOhost

TAJUK JURNAL 2

Participatory Action Research: Creating an effective prevention curriculum for adolescents in the Southwestern US

Oleh:

M.N Gosin

P.A. Dustman

A.E. Drapeau

M.L. Harthun

Sumber :

ProQuest

TAJUK JURNAL 3

Instructional Adaptations for Students With Learning Disabilities: An Action Research Project

Oleh:

Bentley Parker

Sumber:

EBSCOhost

Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

Menyemak pembentukan semula kursus di sekolah tinggi sains untuk mewujudkan pembelajaran universal dan kurikulum am

Penyelidikan tentang kurikulum pencegahan yang efektif di kalangan remaja

Mengenalpasti strategi pengajaran yang digunakan oleh guru kepada pelajar

Masalah yang dijadikan kajian

Kajian ini dibuat untuk pembentukan semula program atau kursus di sekolah tinggi sains di mana satu kaedah baru ingin diwujudkan iaitu kaedah pembelajaran universal. Kaedah ini adalah fleksibel di mana ia sesuai untuk semua tahap pelajar kerana kaedah tradisional yang digunakan sebelum ini tidak banyak membantu pelajar yang mempunyai masalah dalam kognitif (significant cognitive disabilities)

Kajian ini menerangkan bagaimana untuk mencegah penggunaan dadah di kalangan remaja-remaja di Southwestern US dengan membina kurikulum khas melalui kaedah kolaboratif bersama komuniti pihak sekolah dalam memasang strategi dan implentasi kajian tindakan

Kajian dilakukan untuk mengenalpasti adakah guru kaedah pengajaran yang spefisik dilakukan dalam pengajaran kepada pelajar berkeperluan khas

Sample dan Setting Kajian

Sample

Responden terdiri daripada 1,500 orang pelajar dari Gred 9 hingga 12. Pelajar terdiri daripada pelbagai etnik iaitu:

White 67.8%

Black 24.2%

Asian Islander 5.6%

Hispanic 1.2%

Native American 2%

20% daripada responden terdiri daripada pelajar kurang upaya pelbagai kategori termasuk masalah pembelajaran, masalah tingkah-laku, kecacatan mental, masalah pendengaran, masalah penglihatan, autism, masalah kesihatan dan kecacatan fizikal.

Setting

Kajian dijalankan di sebuah sekolah tinggi sains di Bandar kecil yang terletak di Midwest

Sample

Responden terdiri daripada pelajar-pelajar Grade 7



Setting

Kajian dijalankan dalam 3 bilik darjah Grade 7

Sample

Guru-guru yang mempunyai pelbagai pengalaman mengajar selama kurang setahun hingga 13 tahun

Setting

Kajian dijalankan di 6 buah sekolah di kawasan sub-urban

Prosedur melakukan kajian

-Mengenal pasti masalah dengan melakukan penilaian terhadap kaedah tradisional yang tidak banyak membantu pelajar yang mempunyai keupayaan kognitif yang rendah dan menjadikan masalah ini sebagai satu isu untuk dibuat penambahbaikan.

-Menetapkan sampel kajian di mana jumlah responden dipilih dan jumlah peserta yang terlibat serta setting kawasan kajian yang dibuat.

-Kitaran proses menggunakan pemerhatian guru yang dilakukan : temubual secara mendalam; pengumpulan data lama; pemerhatian responden (jurnal tindakbalas); semakan dalam persekitaran kelas; penglibatan pengkaji secara sendiri

-Tentukan dan nilai contoh kerja; laksanakan rancangan tugasan; semak dan ubahsuai proses; rancangkan bahagian kitaran seterusnya; tentukan pengumpulan data dan pemilihan data lama.

-Menyelesaikan masalah; uji idea; laksanakan tindakan

Pemerhatian, penilaian, refleksi

Persembahkan kesimpulan

-Kenalpasti masalah iaitu pencegahan penggunaan dadah di kalangan remaja

-Rekabentuk strategi pengumpulan data atau penyelesaian masalah atau idea penambahbaikan dengan membuat startegi kolaborasi bersama dengan komuniti sekolah

-Kumpul, susun atur dan kelaskan data atau maklumat.

-Kitaran proses dengan menggunakan pemerhatian guru, pengumpulan data lama, pemerhatian responden iaitu sebelum dan selepas kajian dilakukan

-Pemerhatian, penilaian, refleksi

-Membuat kesimpulan

-Kenalpasti masalah iaitu dengan mengenalpasti kaedah spefisik yang digunakan oleh guru dalam pengajaran pelajar berkeperluan khas

-Data dikumpul dengan pemberian set soalan kepada guru-guru

-Guru diajar menggunakan kaedah baru iaitu KWL dan simple web

Pengumpulan dan penganalisaan data

Mengumpul Data

Pengumpulan data berbeza bagi setiap analisis data iaitu:

-Sesi temuduga melibatkan semua peserta

-Simpanan jurnal Pendidikan Guru

Pemehatian ke atas responden

-Mesyuarat untuk merekod laporan peserta

-Kutipan Rancangan Pengajaran

Menganalisis Data

Analisis dibahagikan kepada dua iaitu :

-Content analysis procedure (set data dianalisis secara berasingan tetapi menggunakan proses yang sama)

-Constant comparative method (set data dikategorikan mengikut kes)

Mengumpul Data

Pengumpulan data dilakukan berdasarkan:

-Simpanan jurnal

-Pemerhatian

-Amalan Tindakbalas

-Koleksi fakta lama

Menganalisis Data

Analisa dibuat dengan membuat perbandingan sebelum dan selepas implementasi kajian di mana pemerhatian dan soal selidik

Mengumpul data

Pengumpulan data dilakukan berdasarkan:

-Temubual

-Soalan

Menganalisis data

-Terdapat perbezaan dari segi pengajaran bergantung kepada kebolehan dan kemampuan pelajar

-Daripada pengetahuan bekerja dengan kanak-kanak berkeperluan khas, didapati guru-guru tersebut mendapat ranking 2.6 daripada skala 1 hingga 5 (1 = sangat sedikit pengetahuan dan 5 = sangat tinggi pengetahuan)

Bentuk paparan kajian

-Menggunakan jadual

-Ringkasan karangan

-Menggunakan jadual

-Ringkasan karangan

Ringkasan karangan (perenggan)

Perbandingan masalah yang dikaji antara jurnal

Fokus tentang pembentukan semula kursus di sekolah tinggi sains untuk mewujudkan pembelajaran universal dan membandingkan kaedah tradisional yang digunakan

Fokus kepada pembinaan startegi untuk pencegahan penggunaan dadah di kalangan remaja serta membuat pemerhatian tingkah-laku sebelum dan selepas kajian dibuat

Fokus kepada strategi spesifik yang digunakan oleh guru dalam pengajaran kepada pelajar berkeperluan khas dengan membuat perbandingan kaedah sedia ada dengan kaedah baru

Perbandingan bagaimana pengkaji melakukan ujian

Kenalpasti masalah, kumpul data, kemudian buat analisis data dan buat kesimpulan.

Kenalpasti masalah, kumpul data, rekabentuk strategi pengumpulan data, kelaskan data atau maklumat, laksanakan penyelesaian masalah dan kemudian buat analisis data dan buat kesimpulan.

Kenalpasti masalah, kumpul data, kemudian buat analisis data dan buat kesimpulan

Apa yang dipelajari daripada ketiga-tiga jurnal

-Daripada jurnal ini saya dapat mempelajari tentang bagaimana untuk mengumpul dan menganalisis data kajian.

-Bagaimana menulis laporan kajian dengan betul.

-Bagaimana memaparkan hasil analisis ke dalam bentuk jadual.

-Daripada jurnal ini saya dapat mempelajari lebih mendalam tentang bagaimana hendak menjalankan kajian tindakan.

-Dapat belajar bagaimana membuat laporan analisis secara perbandingan jurnal.

-Daripada jurnal ini saya dapat mempelajari tentang bagaimana sesuatu kajian itu dilakukan.

-Bagaimana menulis laporan kajian dengan betul.

-Cara untuk mengintepretasikan data dengan tepat.

Model Kajian Tindakan

Terdapat banyak model yang digunapakai dalam Kajian Tindakan. Model-model ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada para guru dalam membuat Kajian Tindakan. Antara model yang digunakan ialah:


 Model Kurt Lewin (1952) yang menerangkan proses kitaran ‘spiraling’ yang merangkumi proses merancang, melaksanakan, dan memantau.


 Stephen Kemmis ( 1988) yang menerangkan proses kajian tindakan ‘spiral’ yang merangkumi cirri-ciri model Lewin. Model Kemmis melibatkan pemantauan, perancangan, langkah pertama,refleksi, berfikir semula dan penilaian.


 Emily Calhoun (1994) menerangkan kitaran kajian tindakan yang merangkumi pengumpulan data, pengolahan data, analisis dan mengambil tindakan.


 Gordon Wells (1994) memperkenalkan ‘Idealized Model’ iaitu melibatkan proses pemerhatian, pengolahan, pengubahan perancangan, tindakan, dan ‘the practitioner’s personal theory’ yang dinyatakan oleh kitaran kajian tindakan.

Lain-lain model:

Coghlan & Brannick 2001