Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 (Mini Kajian Tindakan)

TAJUK:

PENGINTEGRASIAN KIT PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS

Teori-teori/ kaedah yang boleh diadaptasi dalam kajian.

  • Kaedah pembelajaran akses kendiri ~ Satu pendekatan pembelajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk mengendalikan sendiri bahan-bahan pembelajaran . Disini guru bertindak sebagai fasilitator dan pelajar yang berusaha untuk belajar secara sendiri mahupun secara berkumpulan. Pelajar diberikan peluang untuk mendapatkan pembelajaran yang berkualiti dan berkesan.
  • Teori Keadaan Pembelajaran oleh R. Gagne (1985) menyatakan terdapat pelbagai jenis pembezaan atau tahap pembelajaran di mana pada setiap tahap mempunyai arahan yang berbeza. Gagne mengenalpasti 5 kategori pembelajaran iaitu maklumat verbal, kemahiran intelektual, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Gagne (1985) juga menggariskan 9 peristiwa pengajaran iaitu:

    * Mendapatkan perhatian
    * Mengenalpati objektif
    * Imbas kembali pengajaran lepas
    * Mencetuskan rangsangan
    * Mengawal pembelajaran
    * Mencungkil prestasi
    * Memberi maklum balas
    * Menilai prestasi
    * Mengekalkan/Memindahkan

KERANGKA TEORITIKAL

Kerangka teoritikal menentukan persoalan kajian yang hendak dilakukan. Ia menjadi panduan bagi menentukan orientasi penyelidikan yang akan dilakukan. Ia juga mengenal pasti apa yang menjadi minat pengkaji, soalan-soalan yang berlegar-legar di mindanya dan yang menjadi teka-teki.Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literasi dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang sedang dikaji. Tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain yang didapati sepanjang pencarian berkenaan, penyelidik akan berjumpa dengan konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis. Yang boleh dibuat ialah memberi pengkelasan terhadap hasil dapatan tersebut untuk menjadi kunci utama kepada kerangka teoritikal nanti.

Perkara yang harus diberi perhatian ialah semua aspek kajian akan mendapat kesan daripada kerangka teoritikal yang telah dibentuk tadi. Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:-
  • Membantu penyelidik mengenal pasti topik yang hendak dikaji.
  • Panduan mencari kajian-kajian lepas.
  • Memilih aspek yang difokus.
  • Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.
  • Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

0 comments: