Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 12: Pemurnian (Mini KT)

Tajuk:
PENGINTEGRASIAN KIT PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PELAJAR BEKEPERLUAN KHAS.

Berdasarkan maklum balas, penambahbaikan yang dapat dikenalpasti adalah seperti:


Pernyataan masalah

  1. Kaedah tradisional yang diguna pakai oleh guru-guru menyebabkan pelajar-pelajar bekeperluan khas sukar untuk memahami sesuatu isi pengajaran.
  2. Guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah kuliah tanpa menggunakan BBM yang bersesuaian membuatkan pelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas.


Tujuan Kajian

  • Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar bekeperluan khas lebih berkesan dan efektif.


Objektif kajian

  1. Penerokaan penggunaan kit pengajaran dalam P&P bahasa melayu oleh guruuntuk menjadikan kelas lebih aktif dan bermaklumat.
  2. Menarik minat pelajar untuk belajar bahasa melayu.
  3. Menjana pemahaman dan pemikiran kreatif pelajar dalam bahasa melayu.

Bentuk soalan

  1. Adakah penggunaan kit pengajaran dapat membuatkan sesi P&P lebih hidupdan menyeronokkan?
  2. Adakah pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P bahasa melayu dapat membantu pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah?
  3. Bagaimana kit pengajaran dapat memupuk pelajar bekeperluan khas berfikir?

Aktiviti 11: Tugasan 2 (Jurnal)

Pernyataan Masalah Kajian Berdasarkan 3 Jurnal
Jurnal
View more documents from ctdayana.

Aktiviti 10: Tugasan 1 (Buku)

Pengenalpastian masalah kajian berdasarkan buku kajian tindakan
Aktiviti 10
View more presentations from ctdayana.

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 (Mini KT)

Aktiviti 8: Tugasan 4 (Cadangan Mengatasi Kelemahan Subjek)

Individu:
  • Penggunaan kit pengajaran daripada pelbagai sumber dapat digabungkan contohnya seperti kad imbasan, video, slide dan lain-lain dapat membantu untuk mengatasi kelemahan dalam subjek.
  • Bagi subjek sains, penggunaan bahan maujud sangat perlu di mana ia dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap teori yang diberikan.
Perbincangan ahli kumpulan:
  1. Penggunaan kit pengajaran dilihat sebagai satu alternatif dalam menyelesaikan masalah semasa proses P&P berlangsung. Penggunaan kit pengajaran ini mampu mempertingkatkan minat dan kefahaman pelajar.
  2. Memperbanyak dan memperbagaikan penggunaan BBM dalam pengajaran.
  3. Guru perlu mempertingkatkan kreativiti melalui pelbagai sumber (bacaan, internet, dan sebagainya). Usaha untuk menarik minat pelajar juga perlu dipelajari melalui pemahaman dan penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai.
Pendapat kumpulan lain:
  1. Guru perlu menjana idea idea-idea baru.
  2. Teknik pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan. Guru juga perlu memperbaiki teknik berkomunikasi (intonasi, sebutan dan sebagainya). Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048

Aktiviti 7: Tugasan 4 (Kelemahan Pengajaran Subjek)

Individu:
  1. Teori pengajaran sukar difahami terutama beberapa istilah yang digunakan dalam subjek sains.
  2. Kurangnya daya imaginasi pelajar.
  3. Guru kurang kreatif.
Perbincangan ahli kumpulan:
  1. Matlamat pengajaran sukar dicapai.
  2. Hubungan sehala membuatkan pelajar pasif dan kurangnya komunikasi antara pelajar dan guru.
  3. Membentuk pelajar yang kurang berkeyakinan dalam memberikan pandangan dan idea.
Pendapat kumpulan lain:
  1. Penggunaan kaedah tradisional tidak sesuai digunapakai untuk pelajar lemah. Hal ini kerana pelajar lemah kurang membaca.
  2. Menyekat guru menjadi lebih kreatif kerana terikat dengan kehendak sekolah.

Aktiviti 6: Tugasan 4 (Kekuatan Subjek)

Individu:
  1. Pengajaran subjek memerlukan banyak demonstrasi, simulasi dan eksperimen yang dapat menyeronokkan dan menarik perhatian pelajar.
  2. Pengajaran lebih kepada realistik dan aplikasi dalam kehidupan seharian.
Pandangan ahli kumpulan:
  1. Pengajaran lebih berpusatkan guru yakni komunikasi sehala. Guru lebih bersifat dominan dalam pengajaran.
  2. Pengurusan kelas dan penerimaan maklumat lebih terkawal serta sahih.
  3. Silibus pelajaran dapat dihabiskan mengikut masa yang ditetapkan oleh sekolah (matlamatsekolah tercapai).
Pendapat kumpulan lain:
  1. Pelajar dilihat lebih banyak membaca memandangkan kaedah sedia ada yang digunakan gurumenuntut pelajar lebih bersedia sebelum P&P berjalan.
  2. Pelajar lebih menumpukan perhatian dalam pengajaran. Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048