Saturday, December 5, 2009

Aktiviti 12: Pemurnian (Mini KT)

Tajuk:
PENGINTEGRASIAN KIT PENGAJARAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BAGI PELAJAR BEKEPERLUAN KHAS.

Berdasarkan maklum balas, penambahbaikan yang dapat dikenalpasti adalah seperti:


Pernyataan masalah

  1. Kaedah tradisional yang diguna pakai oleh guru-guru menyebabkan pelajar-pelajar bekeperluan khas sukar untuk memahami sesuatu isi pengajaran.
  2. Guru-guru kebanyakannya lebih selesa menggunakan kaedah kuliah tanpa menggunakan BBM yang bersesuaian membuatkan pelajar kurang berminat untuk terlibat aktif dalam kelas.


Tujuan Kajian

  • Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi matapelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar bekeperluan khas lebih berkesan dan efektif.


Objektif kajian

  1. Penerokaan penggunaan kit pengajaran dalam P&P bahasa melayu oleh guruuntuk menjadikan kelas lebih aktif dan bermaklumat.
  2. Menarik minat pelajar untuk belajar bahasa melayu.
  3. Menjana pemahaman dan pemikiran kreatif pelajar dalam bahasa melayu.

Bentuk soalan

  1. Adakah penggunaan kit pengajaran dapat membuatkan sesi P&P lebih hidupdan menyeronokkan?
  2. Adakah pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P bahasa melayu dapat membantu pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah?
  3. Bagaimana kit pengajaran dapat memupuk pelajar bekeperluan khas berfikir?

0 comments: