TAJUK 1:
Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Islam Dengan Menggunakan Kaedah Perbincangan Dan Aktiviti Kerja Kumpulan Dalam Pembelajaran Sirah Nabawiyyah Dan Tamadun Islam
Nama pembentang:
Masitah Abdullah (P43695)
Siti Halimah Hasim (P43635)
1.0 Pernyataan Masalah
Para pelajar cepat bosan terhadap pembelajaran dan pengajaran terutama dalam subjek Pendidikan Islam
Kurangnya daya tumpuan menyebabkan mereka kurang faham terhadap pengajaran Pendidikan Islam yang kompleks dan mengandungi banyak fakta-fakta
2.0 Metodologi, setting kajian & sampel kajian
A. Metodologi kajian
i. Mengenal pasti masalah pengajaran dam pembelajaran berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan iaitu:-
- Penilaian kendiri pengajaran yang lepas
- Pemerhatian guru
- Membuat kajian perpustakaan
ii. Merancang langkah-langkah penambahbaikan teknik pengajaran
- Menyenarai semak pengumpulan data
iii. Melaksanakan kajian mengikut perancangan
- Melaksanakan kaedah yang telah dipilih iaitu kerja kumpulan dan perbincangan
- Mengumpul dan menganalisis data
- Membuat penilaian dan refleksi
iv. Membuat laporan dan menyebarkan maklumat mengenai hasil dapatan kajian
B. Setting kajian
- Kajian dijalankan selama 2 minggu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul
C. Sampel kajian
- Pelajar Tingkatan 4 terdiri daripada 45 orang pelajar iaitu daripada 23 orang daripada kelas Maju dan 22 orang daripada kelas Harapan
3.0 Pengumpulan & Penganalisisian Data
i. Pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas ketika proses pengajaran sedang dijalankan
ii. Temu bual dijalankan dengan menemubual pelajar secara rawak
4.0 Implikasi kajian
i. Pemerhatian – penglibatan pelajar sangat aktif dan menunjukkan minat disebabkan peneguhan pada P & P
ii. Temu bual – aktiviti perbincangan dan kerja kumpulan membantu pelajar memahami isi-isi penting dan tidak membosankan serta dapat menarik minat pelajar untuk berada dalam kelas
5.0 Manfaat perkongsian ilmu melalui kajian tindakan
Dapat memberikan gambaran serta situasi sebenar yang berlaku di sekolah
Saya mendapat maklumat dan input yang dapat diaplikasikan semasa di sekolah
Perlu mengikut prosedur dan standard kajian tindakan yang betul untuk mendapatkan hasil yang jitu
Dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan mempelbagaikan kaedah P & P
TAJUK 2:
Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Pelajar Dalam Subjek Sains Tingkatan Dua Melalui Kaedah Kooperatif
Nama pembentang:
Noor Asmah Buang (P48605)
Wan Norsalina Wan Hussin (P48621)
1.0 Pernyataan Masalah
Didapati para pelajar cepat bosan terhadap pembelajaran dan pengajaran
Kurangnya daya tumpuan menyebabkan mereka kurang faham terhadap pengajaran sains yang kompleks
Kaedah pengajaran yang kurang berkesan
2.0 Metodologi, setting kajian & sampel kajian
A.Metodologi kajian
i.Mengenal pasti masalah pengajaran dam pembelajaran
- Penilaian kendiri pengajaran yang lepas
- Pemerhatian guru
- Mengadakan temubual bersama pelajar
- Borang soal selidik untuk mendapatkan respons pelajar terhadap keberkesanan kaedah kooperatif
ii. Merancang langkah-langkah penambahbaikan teknik pengajaran
iii. Melaksanakan kajian mengikut perancangan
- Melaksanakan kaedah yang telah dipilih iaitu kaedah kooperatif ‘Round Robin’
- Mengumpul dan menganalisis data
- Membuat penilaian dan refleksi
iv. Membuat laporan dan menyebarkan maklumat mengenai hasil dapatan kajian
B. Setting kajian
- Kajian dijalankan selama 4 minggu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek, Sepang
C. Sampel kajian
- Sampel kajian terdiri daripada 70 orang murid Tingkatan 2
3.0 Pengumpulan & Penganalisisian Data
i. Temubual – pelajar menyatakan Sains ialah subjek yang kompleks dan sukar
ii. Sesi perbincangan dan pembentangan, pemerhatian dan penilaian dibuat oleh guru merangkumi tingkahlaku , kerjasama , kefahaman dan keyakinan diri
4.0 Implikasi kajian
Kaedah pembelajaran kooperatif mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sains Tingkatan 2
Didapati semua lima kumpulan pelajar berjaya menjawab kehendak soalan
Tingkahlaku pula menunjukkan setiap kumpulan mendapat kerjasama dari ahli, namun ada juga yang pasif
Daya kreativiti pelajar dilihat seperti menggunakan gambar dan visual untuk menyampaikan maksud tugasan
Gaya persembahan (keyakinan diri) juga dapat dibentuk, pelajar semakin yakin untuk menyatakan idea kepada rakan sekelas
5.0 Manfaat perkongsian ilmu melalui kajian tindakan
Dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam subjek Sains serta mewujudkan rasa seronok untuk mempelajari ilmu Sains
Kaedah ini berkesan dan sesuai diaplikasikan untuk subjek Sains semasa di sekolah nanti
Kaedah yang digunakan dapat membentuk kerjasama dan keyakinan pelajar juga meningkat
Pemikiran yang kritis dan kreatif dapat dibentuk dalam diri pelajar
Friday, October 30, 2009
Tugasan 3: Laporan Pembentangan Kolokium DPLI Januari 2009
Posted by dayana at 10:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment