Thursday, October 29, 2009

Resolusi Kajian Tindakan Kolokium 26-27 Okt 2009

1. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam

Ø Mewajibkan tulisan jawi

Ø P&P perlu pendekatan lebih menarik seperti pantun dan nasyid

Ø Sesi P&P perlu lebih satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk jadikan P&P lebih menarik

Ø Menyedarkan masyarakat untuk menghayati Pendidikan Islam bukan sebagai bidang akademik semata-mata tetapi sebagai pemantapan akidah

2. Pendidikan Khas

Ø Penggunaan BBM hendaklah disesuaikan dengan keadaan pelajar dan topik yang dibincangkan

Ø BBM dipelbagaikan mengikut kemampuan/kekuatan pelajar

Ø Memberikan latihan untuk pelajar berdikari dan dapat menjalankan kehidupan seharian

Ø Menggalakkan peneguhan positif dan negatif dalam P&P untuk memotivasikan pelajar

Ø Memberikan pendedahan luar

Ø Mengubah panggilan daripada pelajar normal dan tidak normal kepada pelajar tipikal & berkeperluan khas

3. Penggunaan permainan dalam P&P

Ø Pelbagaikan jenis permainan berbentuk fizikal dan manipulatif dalam P&P

Ø Permainan disertakan dengan KBKK bukan sekadar menarik minat pelajar & nilai murni

Ø Penggunaan permainan perlu sesuai dengan topik, pelajar & masa yang diperuntukkan

4. Penggunaan ICT dalam P&P

Ø Video klip dalam P&P tidak terlalu lama bagi mengelakkan pelajar bosan

Ø Penggunaan multimedia perlu diselang-seli dengan aktiviti lain agar tumpuan dapat diberi

Ø Penggunaan ICT perlu diperkukuhkan dengan bantuan BBM lain

Ø Perlu ada pihak bertanggungjawab untuk memastikan video selaras dengan kurikulum

Ø Mengkategorikan video mengikut kesesuaian objektif pelajar

Ø Guru perlu mempunyai inisiatif dalam penggunaan ICT

Ø Pihak sekolah dan kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi

5. Pembelajaran kooperatif di kalangan pelajar

Ø Memberikan pendedahan awal kepada pelajar tentang sesuatu teknik pembelajaran kooperatif sebelum melaksanakannya

Ø Masa bagi setiap sesi aktiviti perlu dipantau & disesuaikan dengan sesi P & P yang dijalankan

Ø Guru perlu diberi pendedahan tentang teknik & kaedah pembelajaran kooperatif mengikut piawai atau standard tertentu

0 comments: