Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Kajian tindakan juga boleh diertikan sebagai “belajar apa yang dibuat” (learning by doing).
10 sebab kepentingan kajian tindakan bagi seorang guru…
Guru sebagai penyiasat
o Kajian tindakan mampu mengembangkan kerjaya guru sebagai peneroka yang professional di mana guru tidak semata-mata hanya menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi berupaya merintis dalam menangani masalah dalam P&P.
Dapat mengenali dan mengetahui pelajar
o Kajian tindakan dapat mengenali dan mengetahui kebolehan serta kemampuan pelajar dengan lebih mendalam.
Peningkatan kualiti modal insan
o Kajian yang dibuat mampu membuatkan seseorang menjadi lebih kreatif, kritis dan inovatif.
Membuat penambahbaikan
o Kajian yang dilakukan mampu untuk mengubah amalan mengajar menjadi lebih baik dengan membuat penambahbaikan atau modifikasi terhadap amalan sedia ada.
Mencipta pendekatan yang baru
o Kajian yang dilakukan membolehkan modifikasi berlaku terhadap P&P sedia ada dan memberikan pendekatan baru yang lebih efektif untuk keberkesanan P&P.
Meningkatkan mutu pendidikan
o Kajian yang dibuat juga mampuj meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan kehendak dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sebagai rujukan
o Kajian yang dilakukan mampu bertindak sebagai rujukan atau panduan untuk guru-guru lain dan berlaku perkongsian maklumat bagi melaksanakan proses P&P dengan lebih berkesan.
Kaji perubahan pelajar
o Kajian ini dapat mengkaji perubahan yang berlaku pada pelajar di mana tingkah laku pelajar berubah menjadi lebih positif atau sebaliknya.
Memahami proses pembelajaran
o Melalui kajian yang dibuat, guru dapat memahami proses pembelajaran pelajar-pelajarnya dan membolehkan guru untuk mengetahui adakah kaedah P&P yang digunakan benar-benar berkesan.
Pendidikan sepanjang hayat
o Kajian tindakan yang dilakukan boleh memberikan pengajaran dan pendidikan sepanjang hayat di mana guru juga belajar untuk memperbaiki kaedah P&P dari masa ke masa.
Monday, October 26, 2009
Tugasan Kelas: Pentingnya kajian tindakan dalam pendidikan...
Posted by dayana at 11:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment