Friday, November 20, 2009

Aktiviti 8: Tugasan 4 (Cadangan Mengatasi Kelemahan Subjek)

Individu:
  • Penggunaan kit pengajaran daripada pelbagai sumber dapat digabungkan contohnya seperti kad imbasan, video, slide dan lain-lain dapat membantu untuk mengatasi kelemahan dalam subjek.
  • Bagi subjek sains, penggunaan bahan maujud sangat perlu di mana ia dapat memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap teori yang diberikan.
Perbincangan ahli kumpulan:
  1. Penggunaan kit pengajaran dilihat sebagai satu alternatif dalam menyelesaikan masalah semasa proses P&P berlangsung. Penggunaan kit pengajaran ini mampu mempertingkatkan minat dan kefahaman pelajar.
  2. Memperbanyak dan memperbagaikan penggunaan BBM dalam pengajaran.
  3. Guru perlu mempertingkatkan kreativiti melalui pelbagai sumber (bacaan, internet, dan sebagainya). Usaha untuk menarik minat pelajar juga perlu dipelajari melalui pemahaman dan penggunaan kaedah pengajaran yang pelbagai.
Pendapat kumpulan lain:
  1. Guru perlu menjana idea idea-idea baru.
  2. Teknik pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan. Guru juga perlu memperbaiki teknik berkomunikasi (intonasi, sebutan dan sebagainya). Sumber: Siti Amira binti Mohamad P52048

0 comments: