Sunday, November 8, 2009

Aktiviti 1: Tugasan 4 (Definisi KT)

Maksud Kajian Tindakan

Umumnya, kajian tindakan bermaksud pembaharuan dan penilaian yang teliti. Ini juga bermakna proses individu bertindak balas dalam meningkatkan atau menambahbaik sesuatu yang mereka sedar perlu kepada pembaikan.

Kajian tindakan juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk memperbaiki serta meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menjadikan guru-guru lebih sedar, kritis serta bersedia melaksanakan perubahan dalam bentuk amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka.

Dalam kajian tindakan, kajian yang dijalankan adalah dalam persekitaran sekolah itu sendiri yang melibatkan anggota dan warga sekolah sendiri dalam usaha memperbaiki kualiti masing-masing.

Kajian tindakan adalah sebarang siasatan bersistematik yang dijalankan oleh seorang guru, pengetua, guru kaunseling atau mana-mana badan yang terlibat dalam persekitaran pengajaran & pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tentang pengeporasian sekolah, perjalanan sesi pengajaran dan sejauhmana pelajar-pelajar belajar. Melalui maklumat yang diperolehi dengan sasaran pembangunan dalaman, pembinaan latihan, perubahan kesan positif dalam persekitaran sekolah serta memperbaiki kualiti penghasilan pelajar .

Kajian tindakan dijalankan untuk guru itu sendiri. Terdapat 4 langkah dalam menjalankan kajian ini iaitu:
i) mengenalpasti
ii) mengumpul data
iii) Menganalisis dan menginpretasi data
iv) membangunkan pelan-pelan tindakan


PERBANDINGAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN TRADISIONAL


KAJIAN TINDAKAN

  1. Dijalankan oleh guru-guru, pengetua, guru kaunseling
  2. Di sekolah dan kelas
  3. Guna kaedah kualitatif
  4. Untuk diambil tindakan supaya kesan positif dalam persekitaran persekolahan diperoleh.

KAJIAN TRADISIONAL

  1. Dijalankan oleh profesor, pelajar universiti.
  2. Dalam persekitaran di mana pembolehubah boleh dikawal.
  3. Guna kaedah kuantitatif
  4. Untuk dilaporkan dan digeneralisasikan kepada khalayak/ populasi yang besar.

0 comments: