Tajuk kajian tindakan:
- "Pengintegrasian kit pengajaran dalam P&P pelajar bekeperluan khas."
Sebab-sebab Tajuk Dipilih :
- Kaedah tradisional yang diguna pakai oleh kebanyakan guru yakni kaedah kuliah dan kaedah penerangan terutamanya yang lebih berbentuk fakta dan teori akan membuatkan pelajar bosan dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas.Bagi matapelajaran sains, selalunya pelajar sukar untuk memahami teori-teori dan konsep dalam sains.
- Ini membuatkan pelajar susah untuk memahami teori dan konsep yang cuba didedahkan oleh guru. Melalui penggunaan kit pengajaran, pelajar dapat memahami konsep dan teori diajar guru.
- Matapelajaran Bahasa Melayu pula lebih memerlukan hafalan, kefahaman dan penerangan yang panjang dan rumit. Justeru pelajar perlu lebih peka akan apa yang diajar. Oleh itu, penggunaan kit pengajaran dapat membantu mereka menguasai bahasa dengan baik.
- Konsep-konsep yang diajar dalam ICT sukar difahami terutamanya istilah-istilah perkomputeran (shut down, icon, destop, dan sebagainya). Penggunaan kit pengajaran dapat menarik minat mereka untuk belajar. Antara sebab-sebab lain yang dipertimbangkan adalah:
~Penggunaan kit pengajaran lebih efektif dalam P&P, namun kurang diaplikasikan oleh guru.
~Menggalakkan pelajar berkeperluan khas terlibat aktif dalam P&P.
~Meningkatkan kreativiti seorang guru.
~Menarik minat pelajar
~Mendidik pelajar pelajar berfikiran kreatif dan inovatif
~Memudahkan pelajar memahami isi pelajaran seterusnya objektif pengajaran tercapai.
~Memberi gambaran yang lebih jelas dalam sesuatu teori atau fakta.
0 comments:
Post a Comment